Wednesday, April 29, 2020

Kisah Syarikat Startup F&B Yang Gagal - PepperTap - India




LATARBELAKANG BISNES PEPPERTAP.

PepperTap menyediakan platform membeli-belah dalam talian yang memenuhi keperluan pelanggan untuk membeli barangan runcit dari pasar tempatan dengan menghantar barang ke depan pintu mereka.

PepperTap diasaskan oleh Milind Sharma, Navneet Singh.

Ia mensasarkan pembeli dari kumpulan bandar yang berbeza, dibahagikan kepada tiga peringkat.

Perkhidmatan ini membantu menyelesaikan masalah beratur panjang di pasar, tempat letak kenderaan terhad dan manipulasi orang tengah.

Grofers, pesaing utama mereka, hanya menumpukan perhatian kepada bandar besar untuk mengurangkan kos pengurusan.

Pesaing kuat mereka yang lain ialah BigBasket yang menguruskan inventori sendiri dan beroperasi sebagai pemborong mega, sementara PepperTap memperoleh inventori mereka dari pembekal tempatan.


PUNCA KEGAGALAN PEPPERTAP


Antara sebab mengapa syarikat ditutup walaupun setelah menerima wang pelaburan besar dari pelabur, adalah persepsi pelanggan bahawa platform dalam talian harus memberikan penyelesaian yang lebih murah untuk keperluan mereka.

Untuk memenuhi jangkaan tersebut, PepperTap menawarkan potongan dan penjualan yang menjejaskan kedudukan kewangan mereka.

PepperTap juga gagal mengkaji skala projek mereka sebelum pengembangan sepenuhnya, yang menyebabkan masalah yang berkaitan dengan teknologi.

Contohnya, segmen produk mereka tidak berfungsi dan tidak dapat diakses oleh pelanggan di platform ini.

PepperTap memasuki perniagaan runcit dalam talian tanpa persediaan yang mencukupi. Ia gagal mengakui keperluan untuk kewangan, persainagn harga yang kompetitif dan pengurusan inventori.

Walaupun 2015 adalah tahun yang baik untuk syarikat StartUp, dan PepperTap dapat mencari Pemodal Teroka (VC) dengan mudah, 2016 membawa senario yang berbeza. StartUp di seluruh dunia menghadapi kelewatan aktiviti VC, dan PepperTap terpaksa tunduk pada situasi tersebut.

Kos yang terpaksa ditanggung oleh syarikat itu tinggi berbanding dengan keuntungan yang diperolehnya.

Oleh kerana mereka beroperasi tanpa inventori sendiri, mereka perlu membayar pembekal luar untuk pengurusan inventori ditambah dengan kos teknologi, operasi, dll.

Pengasas PepperTap juga menunjukkan kenyataan bahawa pasaran India masih belum bersedia untuk jenis perkhidmatan ini yang dianggap sebagai alasan yang menyebabkan mereka menangguhkan operasi mereka.

Bayaran penghantaran untuk penghantaran ke rumah dilihat terlalu tinggi, terutamanya di bandar atau daerah sub bandar dan tempat di mana kehadiran runner, adalah perkara biasa dan terbukti menjadi persaingan yang sukar untuk strategi platform dalam talian.

Belanja runcit juga merupakan aktiviti riadah kegemaran setelah bekerja di kalangan orang India dan sering dilihat sebagai aktiviti yang menyatukan keluarga, menjadikannya cabaran budaya tambahan untuk perniagaan runcit Internet di India.

Sumber: Failory.com

Tuesday, April 21, 2020

RESEPI MANGGO FLOAT

RESEPI MAGGO FLOAT ALA MAGGO FLOAT ROYALE MELAKA


Bahan-bahannya adalah:

1. 2 Biji Mangga (Cari Yang Manis Ya)
2. 4 Cawan Susu (Full Krim)
3. 135 Gram Yogurt (Perisa Mangga)
4. 3 – 4 Sudu Besar Gula (ikut kemanisan buah)
5. Ais Kiub secukupnya
6. Aiskrim Vanila

Cara penyediaannya:

1. Kupas dan Potong Buah Mangga dan Masukkan ke dalam Pengisar
2. Kemudian, masukkan kesemua bahan lain dan kisar sehingga semuanya sebati/pekat
3. Tuangkan ke dalam gelas sesuai
4. Untuk lagi kaw , boleh top up dengan hirisan mangga serta tambahkan satu atau dua sudu aiskrim vanila.
5. Sedia untuk dihirup
6. Selamat Mencuba


Tuesday, February 12, 2019

IKLAN: BEGINILAH ISDA CATERING MENGURUSKAN MAJLIS JIKA KORANG TEMPAH PAKEJ LENGKAP ISDA.


Majlis ISDA Catering Melaka pada 8.12.2018 ini bertempat di Dewan MBMB Taman Paya Emas, Melaka.

Pakej yang diambil untuk majlis ini adalah Pakej Lengkap Perkahwinan Dewan ISDA.

Pakej ini merangkumi katering lengkap, peralatan dewan lengkap, persalinan sanding lelaki dan perempuan, make up bersanding, pelamin sanding dewan, pengacara majlis, PA Sistem berkaraoke dan juga pakej fotografi nikah dan sanding.

Ini adalah Pakej Terlengkap ISDA Catering Melaka setakat ini. Dari A - X kami sediakan untuk majlis ini.

Y dan Z tuan rumah sediakan. hehehe.

Untuk Pakej Lengkap seperti ini, kami rakamkan gambar bermula dari Majlis Akad Nikah. Gambar adalah hasil dari Penal Fotografi kami, BONZO Photography.

1. Gambar ketika majlis Pernikahan akan menjadi permulaan kisah majlis perkahwinan pasangan mempelai 2 sejoli ini.


2. Susunan dan Layout Dewan yang diuruskan kami ISDA Catering Melaka bagi pihak tuan rumah. Persiapan awal ini kebiasaannya akan disiapkan sehari sebelum majlis.



3. Susunan Persiapan hari majlis / hari langsung lebih fokus pada persiapan team katering ISDA Catering Melaka untuk menyediakan hidangan untuk para jemputan dan juga hidangan untuk meja pengantin.


4. Persiapan dan keperluan lain seperti Kek Pengantin atau Pulut Kuning juga mula dipersiapkan untuk tatapan para tetamu.


5. Pelamin yang juga dari ISDA Catering Melaka juga dipastikan siap dan bersedia untuk menerima kehadiran Raja Sehari yang diraikan.


6. Aturcara awalan seperti Selawat, Berzanji, atau Qasidah akan memeriahkan lagi majlis perkahwinan dan seterusnya memohon majlis diberkati dan dirahmati.


7. Sudah termaktub dalam SOP kerja kami, Persiapan di meja buffet akan dipersiapkan selewat-lewatnya jam 10.30 pagi agar dapat menerima kehadiran tetamu yang mula tiba pada jam 11.00 pagi.

Kenapa 10.30 pagi? Supaya ada jarak masa 30 minit untuk memberi ruang para pekerja katering untuk makan terlebih dahulu.

Juga untuk menjamu wakil tuan rumah, atau tuan rumah itu sendiri kerana mereka akan mula menerima tetamu pada jam 11.00 pagi dan agak susah nak curi masa untuk makan nanti.





8. Tetamu dah ramai yang hadir, kini, tibalah masa yang dinantikan. Perarakan Raja Sehari yang diraikan.

Semua keperluan untuk membawa masuk pengantin akan dipastikan bersedia. Contohnya kompang, rombongan pengantin dan seangkatan dengannya.

Supaya pengantin tidak menunggu lama, atau sebaliknya.


9. Kita sandingkan kedua mempelai di atas pelamin yang telah sedia menanti mereka.

Jika ada 'TOL' seperti majlis kami ini, pengantin lelaki sekalian, bersedialah bawak apa yang patut ya untuk bayar 'TOL' tu.

Bayaran 'TOL' nie kena tunai tau. Kalau hutang, memang tak dapatlah bersanding.



10. Bacaan doa oleh wakil tuan rumah, atau pengacara majlis akan membacakan doa.


11. Selesai bacaan doa, majlis diteruskan dengan acara 'Salam Restu'. Atau jika dikebanyakkan majlis kahwin, ia digelar acara merenjis dan menepung tawar.



12. Dah selesai acara 'Salam Restu' kita bawa pengantin untuk menjamu selera pula. Semua acara ini akan dirakam oleh fotografer agar ia akan menjadi suatu penceritaan kisah percintaan yang berjaya disatukan di atas nama PERKAHWINAN.



13. Seterusnya, acara 'Potong Pulut Kuning' menggantikan KEK PENGANTIN.


14. Dah selesai acara potong memotong. Suap menyuap. Kita bawa mempelai ke acara seterusnya, iaitu acara BERGAMBAR secara rasminya bersama keluarga atau rakan taulan.





15. Selesai bergambar di majlis, sesi bergambar diteruskan lagi ke destinasi pilihan pengantin untuk sesi OUTDOOR.

Waktu ini, kebiasannya majlis di dewan sudah pun selesai dan proses mengemas sedang berjalan



16. Sekian. Tamatlah kisah persandingan mempelai raja sehari yang diraikan pada hari ini.

Jika anda nak majlis anda berlangsung lancar dan penuh dengan kisah penceritaan, bolehlah pilih kami ISDA Catering Melaka sebagai Wedding Planner anda.

Tapi kenalah tempah Pakej Wedding Planner kami yang Super Lengkap A - X.

Nak dapatkan pakej Super Lengkap A - X ini, boleh whatsapp kami terus ke:


Jika anda nak lihat majlis-majlis kami yang lepas atau tawaran-tawaran semasa, boleh lawati LAMAN FACEBOOK ISDA CATERING MELAKA

Sunday, July 29, 2018

Twitter Hilang 1 Juta Pengguna Aktif. Tetapi Mereka Gembira. Kenapa Tu?

 
1 Juta Pengguna Aktif Twitter Telah Meninggalkan Laman Sosial Media ini.

Twitter, laman sosial media yang popular kini dilanda krisis pengurangan pengguna aktif mereka. Twitter melaporkan mereka telah kehilangan 1 juta pengguna aktif pada suku kedua 2018 (Q2-2018).

Walaupun begitu, pendapatan Twitter hasil dari pengiklanan meningkat sebanyak hampir 7%.

Pengguna Kurang, Tetapi Pendapatan Meningkat.

Jumlah pendapatan Q2-2018 Twitter adalah berjumlah $601 juta. Meningkat sebanyak 4.5% berbanding Q1-2018.

Nampak tak? Walaupun pengguna berkurang, tetapi pendapatan meningkat.

Kualiti Mengatasi Kuantiti.

Ini membuktikan kuantiti bukanlah faktor utama menaikkan jumlah pendapatan.

Sebenarnya, kualiti penggunalah yang akan meningkatkan sumber pendapatan.

Jemput baca ulasan tentang Twitter ini di sini ==> Why Twitter Says Losing Millions of Users Will Benefit Advertisers

Saturday, July 28, 2018

Wedding Planner, Kenapa Perlu Ada Blog?


Kenapa sebagai orang bisnes perlu ada Blog? Tak ada website pun tak apa. Yang penting ada blog.

Untuk apa pula ada Blog sedangkan dah ramai yang menggunakan Social Media seperti Facebook, Twitter, Instagram ataupun Pinterest dan banyak lagilah.

1. Sebagai Sumber Carian di Google

Bagi admin, Blog amat perlu untuk memasukkan informasi kita yang secukupnya di dalam Search Engine seperti Google.

Bagi platform blog seperti Blogger.com yang admin sedang gunakan ini, ia adalah kepunyaan Google. Jadi, semua blog post yang kita update, secara tidak langsung akan dikemaskini di dalam enjin carian Google.

Seterusnya, memudahkan pelanggan dan bakal pelanggan menemui kita apabila mereka mencari di Google.

2. Tempat Simpan dan Tempat Update Aktiviti Terkini Yang Kekal pada jangka masa panjang.


Sambil kita memuat naik informasi ke dalam ruang Google, blog juga boleh dijadikan tempat simpan segala aktiviti perniagaan kita seperti event atau majlis.

Gambar-gambar majlis atau gambar pasangan pengantin boleh diupdate di dalam blog juga.

Simpan dan update setiap masa seperti kita sentiasa update segala aktiviti di Sosial Media seperti FB, IG atau Twitter.

Update dan Google pun dapat sebagai sumber bagi Search Enginenya. 2 dalam 1 aktiviti kita dalam berblogging nie sebenarnya.

Ini secara tak langsung akan menjadikan blog kita sumber rujukan bakal pengantin yang lain untuk contoh warna tema, contoh layout dewan dan sebagainya.

3. Salah Satu Cabang Marketing


Sebelum popularnya Sosial Media, Blog adalah salah satu cabang marketing yang menjadi pilihan ramai kerana kos pembinaannya boleh dikategorikan sebagai murah berbanding majalah, akhbar mahupun TV.

Sehingga kini, Blog masih kekal menjadi salah satu saluran marketing (Marketing Channel) untuk pelbagai brand besar.

Dan, dengan blog mereka tukar menjadikan ia laman e-commerce seperti contoh Fashion Valet, Duck, Amazon dan banyak lagi.

Dan yang paling penting, ia terbukti berkesan untuk menarik lebih ramai pengguna dan pelanggan.

Mudahkan Pelanggan Kita Untuk Mencari Kita di Laman Google.

Kesimpulannya, mulakan aktiviti berBlog supaya ia dapat menambah cabang marketing dan juga cabang sumber carian bakal pelanggan.

Lebih mudah pelanggan mencari kita, lebih mudah kita akan mendapat pelanggan.

Tuesday, July 3, 2018

60 KOLEKSI PANTUN UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN

Sumber Asal Koleksi 60 Pantun Majlis Perkahwinan ini diambil dari Blog ISDA Catering.


Sudah menjadi adat kita masyarakat Melayu yang kaya dengan budaya.

Salah satu budaya yang sinonim dengan majlis perkahwinan adalah budaya berpantun.

Kebanyakkan majlis sudah tidak diserikan dengan pantun-pantun ini, tapi jika mampu berpantun, serikanlah majlis dengan Pantun agar bertambah seri majlis perkahwinan anda nanti.

Di sini admin kongsikan 60 koleksi Pantun Majlis Perkahwinan yang admin kumpulkan dari pelbagai sumber:

1. Orang ke laut menjala Udang, Petang hari pasang pelita,
Yang ditunggu sudah pun datang, Yang dinanti sudah pun tiba.
2. Tanam serai berumpun-rumpun, Disiram air setiap hari,
Lemah gemalai hayun tersusun, Maklum lah dipanggil raja sehari.
3. Buah pauh mari di kerat, Alamat petang boleh dimakan
Pada yang jauh dan juga dekat, Selamat datang kami ucapkan
4. Pijat mati disarang kerengga, Anak Murai saja berlari
Hajat hati sekelian keluarga, Hendak merai raja sehari
5. Tetak buluh panjang sepuluh, Mari jolok sarang penyengat,
Rafak susun jari sepuluh, Minta doa biar selamat
6. Orang jauh dikenang-kenang, Hanya terkenang pada yang satu,
Mula berkenalan kemudian bertunang, Akad dilaksana sama bersatu
7. Anak Cina mengail patin, Mengail patin di tepi titi
Senyum terukir pasangan pengantin, Tanda gembira penuh di hati
8. Puan dibawa ke Gunung Ledang, Dibawa dengan penuh beradab
Pinggan mangkuk telah terhidang, Kini masa makan beradab.
9. Semerbak bunga seroja, Dibelai dara pingitan
Lauk pauk penuh semeja, Jemput semua menikmati hidangan
10. Berdua mencari renda, Dapat satu di Inderagiri
Doa dari ayahanda bonda, Agar Masjid kekal berdiri
11. Tanam pisang tumbuhnya kelapa, Terbit bunga pucuknya mati,
Budi semua tak kami lupa, Sudah terpaku di dalam hati
12. Tuan puteri tersenyum-senyum, Melihat laksamana bermain rodat,
Senyum-senyum jangan tak senyum, Sudah sempurna segala adat
13. Memang pipit memakan padi, Telah lagi diberi beras,
Bukan sedikit tuan-tuan berbudi, Budimu tuan sukar dibalas
14. Nasi putih nasi lemak, Sajian makanan di waktu pagi
Terima kasih banyak-banyak, Sudi bertandang ke majlis kami.
15. Kalau tidak kerana bulan, Tidak bintang terbit pagi,
Kalau tidak kerana tuan, Tidak majlis sepermai ini.
16. Hari ini menugal jagung, Hari esok memintal tali
Hari ini kita berkampung, Meraikan mempelai dua sejoli.
17. Anak Cina memasang lukah, Lukah dipasang di Tanjung Selasih
Pasangan pengantin segak melangkah, Mara menuju mahligai kasih
18. Tiup serunai di atas kota, Uda memupuk bunga melati
Mula kenal kemudian bercinta, Cinta tersemai di dalam hati
19. Sudah lama langsatnya condong, Barulah kini batangnya rebah.
Sudah lama niat dikandung, baru sekarang diizinkan Allah.
20. Orang membelat di tepi pantai, Banyak dapat ikan tembakul.
Yang kami hajat sudah tercapai, Yang kami doakan sudah terkabul.
21. Asal dari Bukit Siguntang, Kisah hikayat tidak terperi
Kami mengucap selamat datang, Hadir tuan menambah seri
22. Bagai ruas dgn buku, Bagai daging dgn kuku
Hidup di air satu perahu, Di darat satu kelambu
23. Menitis peluh merentas ladang, Hati-hati menjejak kaki,
Sebaik saja sajian dihidang, Sudilah Tuan-Puan persilakan diri.
24. Beli titi kayu belian, Belian dibeli dari ulu,
Minta sudi lah hadirin sekalian, Jgn segan jgn malu
Gambar Pengantin : Sumber dari FB ISDA Catering Melaka

Sumber: Pantun Hari Perkahwinan dan Persandingan

25. Satin biru habis digunting, Sehelai sepinggang tiadalah jua
Pengantin baru manis bersanding, Bagai pinang dibelah dua.
26. Teruna berpeluh memuja bidadari, Lama nian lekat di mata
Pesona sungguh raja sehari, Umpama berlian diikat permata.
27. Kembang Cina baru dipetik, Sudah layu di telapak tangan
Abang teruna rindu cik adik, Madah merayu hendak bergandingan
28. Tua layu kembali mulus, Turun hujan dirembang syahdu
Dua menantu sekali gus, Tahun hadapan menimang cucu
29. Dodoi nyonya pandai membisik, Menebang dahan angin mendayu
Amboi. kuatnya perisai cik adik, Abang tak tahan ingin bertemu
30. Berpeluh sudah berpenat lelah, Bertahun patah tumbuh ditebang.
Dirempuh redah bersirat bilah, Berpantun madah berpeluh cik abang.
31. Gemalai kuntum melentuk di ranting, Tempua bicara irama syahdu.
Mempelai tersenyum duduk bersanding, Mertua gembira terima menantu.
32. Kelat mengkudu tiada bertanda, Patah dahan tempat berteduh.
Berkat restu ayahanda bonda, Mudah-mudahan dipanjang jodoh.
33. Kuntum relai tumbuh di mana, Gaya tempua menyapa bayu.
Senyum mempelai penuh bermakna, Rahsia berdua siapa yang tahu.
34. Buah macang melentur rendah, Dahan meranti bercabang dua.
Bertuah abang beristeri solehah, Belahan hati penenang jiwa.
35. Kerana rentung cemara dipalu, Sirih dilayang di dalam pasu.
Teruna merenung si dara tersipu, Kasih sayang bersulam rindu.
Sumber: Jom Kita Berpantun

36. Dari mana punai melayang? Dari pagar turun ke padi
Dari mana datangnya sayang? Dari mata turun ke hati
37. Baik-baik menunggang unta, Nanti salah jatuh terlentang
Baik-baik bermain cinta, Mandi tak basah Makan tak kenyang
38. Hisap rokok tembakau cina, Keluar asap berbunga-bunga
Wahai cik adik saya bertanya, Cincin dijari siapa yang punya
39. Keluar asap berbunga-bunga, Itu petanda nak pendek usia
Cincin dijari memang ada yang punya, Tapi biarlah dulu jadi rahsia
40. Pucuk pauh delima batu, Anak sembilang ditapak tangan
Sungguh pun jauh beribu batu, Hilang dimata di hati jangan
41. Kudup seroja beria-ia, Hendak keluar tak nak sekerat
Hidup kekal bahagia ceria, Dari dunia sampai akhirat
42. Tanak nasi di lorong hulu, Tanak bubur rumah juragan
Hendak mati di hujung kuku. Hendak berkubur ditapak tangan
43. Lebah menari selepas kerja, Tarian adat sudah ditetap
Menambah seri hari bahagia, Makan beradap jadi pelengkap
44. Madu lebah dari Peringgit, Amalkan makan jadi bistari
Sedangkan lidah lagi tergigit, Inikan pula suami isteri
45. Helang menyambar serigala gusar, Melihat kelibat si halimunan
Sesi bergambar keluarga besar, Jadi kenangan sepanjang zaman

Sumber: Pantun Walimah

46. Buah pauh si bunga rampai, Kilauan bintang sungguh mengasyikkan;
Orang jauh sudahlah sampai,Selamat datang kami ucapkan.
47. Tiup serunai di atas kota, Uda memupuk bunga Melati;
Mula kenal kemudian bercinta, Cinta tersemai dalam hati.
48. Amat garang datuk bentara, Musuh melanggar habis dibenam;
Dulu seorang kini berdua, Hidup bersama susah senang.
49. Orang jauh berkirimkan surat, Berkali-kali dibaca jua;
Ikan dilaut asam didarat, Dalam kuali bertemu jua.
50. Di malam hari terang senegeri, Bulan purnama dihujung julai;
Majlis gahari bertambah seri, Menyambut kedatangan kedua mempelai.
51. Doa berkat penutupnya amin, Jari lentik memukul gendang;
Mempelai berangkat di atas pelamin, Sama cantik sama padan.
52. Rimbun semalu di jambu batu, Bangkit pelanduk terus berlalu;
Kompang dipalu menyahut restu, Pengantin duduk tersenyum malu.
53. Semerbak bunga seroja, Dibelai dara pingitan;
Lauk pauk penuh semeja, Jemput mempelai menikmati hidangan.
54. Feringgi melanggar Inderagiri, Lalu dibedil oleh laksamana;
Suami ibarat kepala negeri, Hendaklah adil lagi saksama.
55. Keris dan sundang lambang diraja, Itulah tanda raja yang makbul;
Tanah ladang diletak baja, Makin dibaja semakin subur.
56. Hadirin berpakaian serba indah, Meraikan majlis yang gilang gemilang;
Bersanding sudah, bersantap pun sudah, Sila pengantin berangkat pulang.
57. Dengarlah ini ayah berpesan, Anak menantu, ayah ingatkan;
Berkasih sayang sesama insan, Jangan cepat menjadi bosan.

Sumber: Koleksi Pantun Pengantin

58. Ikan di laut asam di darat, Dalam kuali bertemu jua
Hati terpaut janji diikat, Atas pelamin bertemu jua
59. Orang jauh dikenang-kenang, Hanya terkenang pada yang satu
Mula berkenal kemudian bertunang, Diatas pelamin sama bersatu
60. Dari Johor kekuala Kedah, Dagang merantau beratus batu
Surat sudah, SMS pun sudah, Sudah kawin masih begitu

Sumber:Lawak Pantun

Saturday, June 30, 2018

Kahwin : Kos Terbesar Bagi Melangsungkan Majlis Perkahwinan


1. Nak buat majlis perkahwinan memang memerlukan bajet yang besar.

2. Tapi, sebelum kita pergi lebih jauh, kita harus faham akan perbezaan antara majlis perkahwinan dengan pernikahan.

3. Kita perlu faham, dalam Islam, bernikah  sahaja dah cukup. Tetapi, sebagai masyarakat Melayu yang sudah sinonim dengan jamuan makan, kita pasti akan membuat majlis perkahwinan jika kita menamatkan zaman bujang.

4. Jamuan ini bertujuan untuk mewar-warkan pernikahan tersebut dan meraikan mempelai serta tetamu.

5. Jadi, Kos Terbesar Dalam Merancang Majlis Perkahwinan adalah Kos Makanan.


6. Lagi besar/ramai jemputan kita, semakin besarlah bajet yang perlu diperuntukkan untuk majlis perkahwinan.

7. Tak kiralah majlis kita berkonsepkan rewang, gotong royong atau katering, kos untuk makanan tetap tinggi.

8. Jadi, pada kebiasaannya, jika bajet terhad, cara paling mudah untuk membuat penjimatan adalah melalui pengurangan kos makanan.

9. Kurangkan bilangan tetamu jemputan adalah caranya. Tak perlu jemput sehingga 1000 - 2000 orang jika bajet terhad.

10. Cukup sekadar menjemput saudara mara terdekat dan rakan terdekat.

BIJAN - INGATKAN TROLL, RUPANYA BETUL ADA JENAMA NIE.

Mahal rupanya jenama BIJAN nie tau. Mula-mula admin ingatkan rakyat Malaysia men'troll' kita punya exPM. Rupanya memang ada jenama BIJAN nie.

Lagi satu, jenama BIJAN nie bukan jenama biasa-biasa tau. Ia jenama Super Duper Mewah. Mahal ya ampun harga barang-barangnya kerana ia akan mengeluarkan produk secara TERHAD.

Maksudnya tak banyak dikeluarkan. Siapa yang beli tu bermaksud memang orang super kaya lah. Salah sorang yang Super Kaya tu, kita punya exPM & Wife tula.





Nak baca lebih lanjut boleh terus ke Apa yang ada dengan BIJAN?

Friday, June 29, 2018

ENAM JENAMA IKAN SARDIN YANG MENGANDUNGI BENDASING - CACING FILUM NEMATODA

Sumber: Astro Awani
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menarik balik enam lagi jenama produk ikan sardin dalam tin dari pasaran kerana disahkan mengandungi bendasing iaitu cacing Filum Nematoda daripada genus Anisakis spp.

Ketua Pengarahnya Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata enam produk ikan sardin tersebut ialah daripada jenama Cinta, Sea Fresh, HS Brand, King Cup, Bintang dan TC Boy.

Beliau berkata KKM juga mengenakan tindakan Tahan, Uji dan Lepas terhadap pengimportan produk ikan dalam tin di semua pintu masuk negara.
 
"Tahan, Uji dan Lepas merupakan tindakan di mana sampel akan diambil untuk analisis dan produk tersebut hanya akan dilepaskan sekiranya keputusan analisis menunjukkan tiada pelanggaran dikesan iaitu dalam hal ini cacing Filum Nematoda daripada genus Anisakis spp.

"Sementara bagi produk ikan dalam tin keluaran tempatan, verifikasi di semua kilang pengeluaran dijalankan oleh KKM," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham turut menjelaskan risiko kepada kesihatan bagi produk ikan dalam tin amat rendah kerana cacing tersebut telah mati disebabkan proses memasak atau pengetinan.

Katanya Seksyen 13 Akta Makanan 1983 memperuntukkan mana-mana pihak terlibat dalam mengimport, mengedar, menyimpan atau menjual makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan beracun, merosakkan atau selainnya memudaratkan kesihatan adalah melakukan suatu kesalahan.

Sekiranya disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

Pengguna mempunyai kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah/Kawasan/Bahagian terdekat atau hubungi KKM melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau laman Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan www.facebook.com/bkkmhq. -- BERNAMA/ASTRO AWANI

Wednesday, June 27, 2018

GAMBAR SUV PROTON - BERDASARKAN DESIGN, KERETA BOLEH BELI NIE.

Jika diperhatikan dari segi exterior dan interior kereta SUV Proton nie, memang ia akan menjadi antara SUV pilihan rakyat Malaysia.

Itupun jika SUV Proton ini dijual dengan harga yang bersesuaian. Iaitu dijual dengan range harga RM80 ribu - RM120 ribu.

Lebih dari harga ini, mungkin susah untuk meyakinkan pembeli untuk membeli SUV Proton ini kerana terdapat banyak pilihan model lain terutamanya dari Honda, Nissan dan juga Chevrolet.

GAMBAR SUV PROTON
 



Bagi admin, jika harga OK, bolehlah admin buat kira-kira dan mula menabung untuk belinya. Sebab melalui gambar ini, admin dah mula terpikat dengan SUV Proton nie.

Yang penting, harga kena lebih murah dari Honda CRV Baru dan juga Nissan Xtrail Baru.

Jika sama, atau lebih, sudah pasti SUV Proton nie akan sukar untuk dijual.

Sunday, June 10, 2018

REVIEW: PAKEJ KATERING RUMAH TERBUKA AIDILFITRI 2018 - MELAKA, KL, SELANGOR

Pakej Katering Raya 2018 - Pakej Katering Untuk Rumah Terbuka Aidilfitri 2018


Assalamualaikum,

Selain dari katering untuk majlis perkahwinan dan korporat, pihak Kami, ISDA Catering turut menyediakan PAKEJ KATERING RUMAH TERBUKA AIDILFITRI 2018.

Kami menjual secara pakej untuk memudahkan tuan rumah membuat persediaan. Antara PAKEJ KATERING RUMAH TERBUKA HARI RAYA 2018 yang kami tawarkan adalah seperti berikut.

Klik Gambar Untuk Download.

Untuk gambar pakej lebih jelas, klik sini Download Pakej Katering Hari Raya ISDA Catering 2018.
 
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami terus dengan tekan link ini == PAKEJ KATERING RUMAH TERBUKA AIDILFITRI 2018

GAMBAR SUV PERODUA - MENARIK DAN BERBALOI


Sumber Gambar: FB

Tak hairan jika Perodua akan mengeluarkan  model SUV mereka kerana Perodua pernah mengeluarkan dua model SUV sebelum ini.
.
Yang pertama adalah Perodua Kembara. Dan selepas itu adalah Perodua Nautica.

Dikhabarkan, SUV PERODUA bakal dikeluarkan pada 2019.

Sumber Gambar: FB

SUV PERODUA ini bakal dibina dengan kapasiti enjin 1.5liter dengan 7 SEATER.

Harga pula dianggarkan berharga RM69-75k. Harga yang berpatutan dengan kapsitinya.
SUV Perodua Bakal Dikuasakan Oleh Enjin 1.5-Liter 2NR-VE Dual VVT-I

Apapun, kita tunggu sehingga ia dilancarkan oleh Perodua secara rasmi.

Sumber Gambar: FB

Sembang banyak pun tak guna selagi ia tak sahih.

Nampaknya Perodua akan berlawan dengan Proton lagi dalam kelas SUV selepas persaingan dalam kereta kompak dan sedan.