Showing posts with label Kereta. Show all posts
Showing posts with label Kereta. Show all posts

Wednesday, June 27, 2018

GAMBAR SUV PROTON - BERDASARKAN DESIGN, KERETA BOLEH BELI NIE.

Jika diperhatikan dari segi exterior dan interior kereta SUV Proton nie, memang ia akan menjadi antara SUV pilihan rakyat Malaysia.

Itupun jika SUV Proton ini dijual dengan harga yang bersesuaian. Iaitu dijual dengan range harga RM80 ribu - RM120 ribu.

Lebih dari harga ini, mungkin susah untuk meyakinkan pembeli untuk membeli SUV Proton ini kerana terdapat banyak pilihan model lain terutamanya dari Honda, Nissan dan juga Chevrolet.

GAMBAR SUV PROTON
 



Bagi admin, jika harga OK, bolehlah admin buat kira-kira dan mula menabung untuk belinya. Sebab melalui gambar ini, admin dah mula terpikat dengan SUV Proton nie.

Yang penting, harga kena lebih murah dari Honda CRV Baru dan juga Nissan Xtrail Baru.

Jika sama, atau lebih, sudah pasti SUV Proton nie akan sukar untuk dijual.

Sunday, June 10, 2018

GAMBAR SUV PERODUA - MENARIK DAN BERBALOI


Sumber Gambar: FB

Tak hairan jika Perodua akan mengeluarkan  model SUV mereka kerana Perodua pernah mengeluarkan dua model SUV sebelum ini.
.
Yang pertama adalah Perodua Kembara. Dan selepas itu adalah Perodua Nautica.

Dikhabarkan, SUV PERODUA bakal dikeluarkan pada 2019.

Sumber Gambar: FB

SUV PERODUA ini bakal dibina dengan kapasiti enjin 1.5liter dengan 7 SEATER.

Harga pula dianggarkan berharga RM69-75k. Harga yang berpatutan dengan kapsitinya.
SUV Perodua Bakal Dikuasakan Oleh Enjin 1.5-Liter 2NR-VE Dual VVT-I

Apapun, kita tunggu sehingga ia dilancarkan oleh Perodua secara rasmi.

Sumber Gambar: FB

Sembang banyak pun tak guna selagi ia tak sahih.

Nampaknya Perodua akan berlawan dengan Proton lagi dalam kelas SUV selepas persaingan dalam kereta kompak dan sedan.

Thursday, November 16, 2017

GAMBAR PERODUA BARU 2017

PERODUA MYVI BARU 2017 nampaknya bakal menjadi fenomena baru kerana designnya yang sangat stylish.

Myvi Baru 2017 Ini bakal menjadi pilihan ramai pemuda pemudi kerana bentuknya yang sangat menarik dan sporty.

Jom kita tengok sikit Gambar Myvi Baru 2017

Gambar sisi PERODUA MYVI BARU 2017.


Gambar Hadapan PERODUA MYVI BARU 2017.

Gambar Belakang (Rear) PERODUA MYVI BARU 2017.

Berdasarkan pengamatan admin, kereta ini bakal mengekalkan status Myvi sebagai model terlatih di Malaysia dengan jualan melebihi 1 juta unit.

Dan seterusnya mengekalkan  PERODUA sebagai Pengeluar Kereta No.1 Malaysia mengatasi Proton.