Showing posts with label Berita Semasa. Show all posts
Showing posts with label Berita Semasa. Show all posts

Sunday, July 29, 2018

Twitter Hilang 1 Juta Pengguna Aktif. Tetapi Mereka Gembira. Kenapa Tu?

 
1 Juta Pengguna Aktif Twitter Telah Meninggalkan Laman Sosial Media ini.

Twitter, laman sosial media yang popular kini dilanda krisis pengurangan pengguna aktif mereka. Twitter melaporkan mereka telah kehilangan 1 juta pengguna aktif pada suku kedua 2018 (Q2-2018).

Walaupun begitu, pendapatan Twitter hasil dari pengiklanan meningkat sebanyak hampir 7%.

Pengguna Kurang, Tetapi Pendapatan Meningkat.

Jumlah pendapatan Q2-2018 Twitter adalah berjumlah $601 juta. Meningkat sebanyak 4.5% berbanding Q1-2018.

Nampak tak? Walaupun pengguna berkurang, tetapi pendapatan meningkat.

Kualiti Mengatasi Kuantiti.

Ini membuktikan kuantiti bukanlah faktor utama menaikkan jumlah pendapatan.

Sebenarnya, kualiti penggunalah yang akan meningkatkan sumber pendapatan.

Jemput baca ulasan tentang Twitter ini di sini ==> Why Twitter Says Losing Millions of Users Will Benefit Advertisers

Saturday, June 30, 2018

BIJAN - INGATKAN TROLL, RUPANYA BETUL ADA JENAMA NIE.

Mahal rupanya jenama BIJAN nie tau. Mula-mula admin ingatkan rakyat Malaysia men'troll' kita punya exPM. Rupanya memang ada jenama BIJAN nie.

Lagi satu, jenama BIJAN nie bukan jenama biasa-biasa tau. Ia jenama Super Duper Mewah. Mahal ya ampun harga barang-barangnya kerana ia akan mengeluarkan produk secara TERHAD.

Maksudnya tak banyak dikeluarkan. Siapa yang beli tu bermaksud memang orang super kaya lah. Salah sorang yang Super Kaya tu, kita punya exPM & Wife tula.





Nak baca lebih lanjut boleh terus ke Apa yang ada dengan BIJAN?

Friday, June 29, 2018

ENAM JENAMA IKAN SARDIN YANG MENGANDUNGI BENDASING - CACING FILUM NEMATODA

Sumber: Astro Awani
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menarik balik enam lagi jenama produk ikan sardin dalam tin dari pasaran kerana disahkan mengandungi bendasing iaitu cacing Filum Nematoda daripada genus Anisakis spp.

Ketua Pengarahnya Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata enam produk ikan sardin tersebut ialah daripada jenama Cinta, Sea Fresh, HS Brand, King Cup, Bintang dan TC Boy.

Beliau berkata KKM juga mengenakan tindakan Tahan, Uji dan Lepas terhadap pengimportan produk ikan dalam tin di semua pintu masuk negara.
 
"Tahan, Uji dan Lepas merupakan tindakan di mana sampel akan diambil untuk analisis dan produk tersebut hanya akan dilepaskan sekiranya keputusan analisis menunjukkan tiada pelanggaran dikesan iaitu dalam hal ini cacing Filum Nematoda daripada genus Anisakis spp.

"Sementara bagi produk ikan dalam tin keluaran tempatan, verifikasi di semua kilang pengeluaran dijalankan oleh KKM," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham turut menjelaskan risiko kepada kesihatan bagi produk ikan dalam tin amat rendah kerana cacing tersebut telah mati disebabkan proses memasak atau pengetinan.

Katanya Seksyen 13 Akta Makanan 1983 memperuntukkan mana-mana pihak terlibat dalam mengimport, mengedar, menyimpan atau menjual makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan beracun, merosakkan atau selainnya memudaratkan kesihatan adalah melakukan suatu kesalahan.

Sekiranya disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

Pengguna mempunyai kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah/Kawasan/Bahagian terdekat atau hubungi KKM melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau laman Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan www.facebook.com/bkkmhq. -- BERNAMA/ASTRO AWANI

Sunday, October 15, 2017

Anak TMJ bernama Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim


JOHOR BAHRU: Pewaris takhta Johor iaitu anakanda Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim diberikan nama Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Ibni Tunku Ismail.
.
.
Presiden Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, pihaknya sukacita mengumumkan bahawa nama itu diperkenankan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.
.
.
Isteri Tunku Mahkota Johor, Che' Puan Khaleeda Bustamam, selamat melahirkan putera di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, hari ini.
.
Sumber: Berita Harian Online

Saturday, October 14, 2017

TMJ sambut putera, pewaris takhta Negeri Johor Darul Takzim

JOHOR BAHRU: Jumaah Majlis Diraja dalam satu Percanangan Dalam (pengumuman) dikeluarkan hari ini, memaklumkan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri, Che' Puan Khaleeda Bustamam mendapat seorang putera yang juga waris kepada takhta kerajaan Johor.


Pengumuman Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli itu dimuat naik dalam laman web rasmi Johor Southern Tigers, sebentar tadi.
.
Sumber: Berita Harian Online dan FB Johor Southern Tiger

Tuesday, September 12, 2017

Sultan Badlishah, sebentar tadi dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah ke-29


ALOR SETAR: Raja Muda Kedah, Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah, sebentar tadi dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah ke-29 menggantikan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, yang mangkat semalam.

Pengumuman pemasyhuran itu dibuat Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, dalam satu istiadat khas di Balai Penghadapan Baharu, di Istana Anak Bukit, di sini.

Sejurus pengumuman itu, Datuk Pengelola Bijaya Diraja yang juga Ketua Istiadat, Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah, mengiring Tunku Sallehuddin, untuk bersemayam di singgahsana, sebelum disusuli laungan "Daulat Tuanku" oleh hadirin sebanyak tiga kali.

Tunku Sallehuddin diputerakan di Alor Setar pada 30 April 1942 adalah anakanda kesembilan Almarhum Sultan Badlishah iaitu Sultan Kedah hasil perkongsian hidup dengan Sultanah Asma Sultan Sulaiman, yang juga puteri Sultan Terengganu, Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah.

Tunku Sallehuddin yang dibesarkan di Istana Anak Bukit dimasyhurkan sebagai Raja Muda Kedah pada 15 Disember lalu.

Baginda yang berkahwin dengan Tengku Maliha Tengku Ariff, menggantikan Almarhum Tunku Abdul Malik Sultan Badlishah, yang mangkat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, akibat gering.

Tunku Sallehuddin mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Alor Merah dan meneruskan pengajian di Kolej Sultan Abdul Hamid.

Sebelum ditabal sebagai Raja Muda Kedah, baginda dilantik sebagai Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah menggantikan Allahyarham Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah yang mangkat pada Mei 2014.

Sumber: Berita Harian