Friday, May 26, 2017

Thursday, May 25, 2017

MANCHESTER UNITED JUARA PIALA EUROPA

Tahniah buat Manchester United yang telah berjaya memenangi perlawanan Akhir Piala Europa buat pertama kali mengalahkan pasukan Ajax dengan jaringan 2 - 0.


Kemenangan ini adalah hasil dari jaringan Paul Pogba di separuh masa pertama. Manakala jaringan kedua diperolehi pada masa kedua perlawanan menerusi jaringan Henrikh Mkhitaryan.



Dengan kemenangan ini juga melayakkan pasukan United terus ke pertandingan Liga Juara-Juara Eropah pada musim 2017/18 nanti.


Kemenangan ini harus dikreditkan kepada kebijaksanaan Pengurus United, Jose Mourinho yang bijak mengatur pemain bagi memastikan pasukan terkuat diturunkan di perlawanan akhir ini.

Taktikal diperlawanan akhir ini juga jelas berjaya mengekang serangan pasukan Ajax yang sentiasa mengasak kubu pasukan United.


Buat para Peminat pasukan United dari seluruh dunia pastinya sangat gembira kerana walaupun menamatkan liga pada tangga keenam, tetapi United berjaya layak terus ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah tanpa melalui pusingan kelayakkan.

Pastinya keseronokkan kerana pasukan lebih atas dalam liga iaitu musuh tradisi, Liverpool terpaksa mengharungi perlawanan PlayOff kerana menduduki tangga ke4 dalam liga.

Memang seronok peminat Man United kesemuanya. hahahah

Sumber: FB Manchester United


Senarai Pemuda Kaya Raya Bertaraf Billionaires Dari Senarai 400 Forbes.

Umur belum pun mencecah 40an. Tapi dah mencapai dan memiliki kekayaan lebih dari $1 billion.

Jika nilainya di 'convert' ke RM, ia akan bernilai lebih dari RM4 billion plus plus.

Nilai kekayaan anda yang mereka bina sendiri dan ada juga yang diwarisi.

Diwarisi dari keturunan yang memang kaya raya dan Billionaires.

Dalam senarai ini juga tersenarai Billionaires muda yang juga tersenarai dalam Top 10 terkaya dunia, Mark Zuckerberg.


Nilai kekayaan Mark Zuckerberg yang baru berusia 32 tahun adalah berjumlah $55.5 billion.

Wednesday, May 24, 2017

SENARAI 26 PEMAIN HARIMAU MALAYA MENENTANG LEBANON 13 JUN 2017

Kesebelasan 26 Pemain ini dipilih oleh Jurulatih baru Pasukan Harimau Malaya, Nelo Vingada yang baru diperkenalkan secara rasmi oleh FAM pagi tadi.

 Senarai yang agak optimistik dikeluarkan oleh Jurulatih Baru ini yang juga menampilkan 4 pemain JDT yang pernah bersara dari bola sepak kebangsaan iaitu Safiq Rahim, S. Chanturu, Mohd Amirulhadi Zainal dan Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak.



Untuk persiapan ini, Nelo Vingada akan dibantu oleh Tan Cheng Hoe buat pertama kalinya dalam perlawanan menentang Lebanon nanti.

Pasukan kejurulatihan skuad Harimau Malaya yang lain terdiri daripada Joao Arnaldo Correia De Carvalho, 59, dari Portugal serta jurulatih penjaga gol, Azmin Azram Abdul Aziz, 41 dan jurulatih kecergasan, Francisco Jose Bruto Da Costa, 36, dari India.

Sumber: NELO VINGADA PANGGIL 26 PEMAIN UNTUK PERSIAPAN KELAYAKKAN PIALA ASIA MENENTANG LEBANON