Saturday, July 28, 2018

Wedding Planner, Kenapa Perlu Ada Blog?


Kenapa sebagai orang bisnes perlu ada Blog? Tak ada website pun tak apa. Yang penting ada blog.

Untuk apa pula ada Blog sedangkan dah ramai yang menggunakan Social Media seperti Facebook, Twitter, Instagram ataupun Pinterest dan banyak lagilah.

1. Sebagai Sumber Carian di Google

Bagi admin, Blog amat perlu untuk memasukkan informasi kita yang secukupnya di dalam Search Engine seperti Google.

Bagi platform blog seperti Blogger.com yang admin sedang gunakan ini, ia adalah kepunyaan Google. Jadi, semua blog post yang kita update, secara tidak langsung akan dikemaskini di dalam enjin carian Google.

Seterusnya, memudahkan pelanggan dan bakal pelanggan menemui kita apabila mereka mencari di Google.

2. Tempat Simpan dan Tempat Update Aktiviti Terkini Yang Kekal pada jangka masa panjang.


Sambil kita memuat naik informasi ke dalam ruang Google, blog juga boleh dijadikan tempat simpan segala aktiviti perniagaan kita seperti event atau majlis.

Gambar-gambar majlis atau gambar pasangan pengantin boleh diupdate di dalam blog juga.

Simpan dan update setiap masa seperti kita sentiasa update segala aktiviti di Sosial Media seperti FB, IG atau Twitter.

Update dan Google pun dapat sebagai sumber bagi Search Enginenya. 2 dalam 1 aktiviti kita dalam berblogging nie sebenarnya.

Ini secara tak langsung akan menjadikan blog kita sumber rujukan bakal pengantin yang lain untuk contoh warna tema, contoh layout dewan dan sebagainya.

3. Salah Satu Cabang Marketing


Sebelum popularnya Sosial Media, Blog adalah salah satu cabang marketing yang menjadi pilihan ramai kerana kos pembinaannya boleh dikategorikan sebagai murah berbanding majalah, akhbar mahupun TV.

Sehingga kini, Blog masih kekal menjadi salah satu saluran marketing (Marketing Channel) untuk pelbagai brand besar.

Dan, dengan blog mereka tukar menjadikan ia laman e-commerce seperti contoh Fashion Valet, Duck, Amazon dan banyak lagi.

Dan yang paling penting, ia terbukti berkesan untuk menarik lebih ramai pengguna dan pelanggan.

Mudahkan Pelanggan Kita Untuk Mencari Kita di Laman Google.

Kesimpulannya, mulakan aktiviti berBlog supaya ia dapat menambah cabang marketing dan juga cabang sumber carian bakal pelanggan.

Lebih mudah pelanggan mencari kita, lebih mudah kita akan mendapat pelanggan.

0 comments:

Post a Comment