Friday, June 8, 2018

Digital Marketing Untuk Bisnes Katering Dan Wedding Planner

Memulakan Bisnes Katering dan Wedding Planner ada 2 kondisi.

Memulakan dengan dana yang besar, ataupun bermula dengan cara lean start up.

Lean startup ini bererti memulakan bisnes dengan modal minima. Contohnya, hanya bermodalkan pengalaman dan kudrat sahaja. Ataupun bermodalkan wang ringgit yang terhad jumlahnya seperti RM1000 sahaja.

Memang perlukan banyak kemahiran dan pengorbanan jika memulakan bisnes katering dengan modal yang kecil.

Perkakas memasak sahaja dah memakan belanja beribu-ribu ringgit. Itu belum lagi kos pekerja dan paling penting kos marketingnya.

Tapi bagi bisnes dengan konsep lean start up, itu semua boleh diharungi. Perkakas boleh disewa.

Pekerja juga boleh gunakan pekerja part time sahaja, tak jadi masalah.

Semua boleh diuruskan berkat dari konsep berkorban di fasa awal bisnes.

Jadi, jika faktor operasi sudah boleh diuruskan, kita pergi kepada marketing.

Ada macam-macam pilihan cara marketing untuk bisnes katering nie. Antaranya, Pameran Pengantin, Ekspo Jualan Makanan dan paling popular sekarang ini adalah Digital Marketing.

Cara marketing yang berkos rendah dan sangat sesuai dengan bisnes berkonsepkan lean start up.

Antara pecahan yang ada dalam Digital Marketing buat masa sekarang nie.

1. Website Optimization 
2. Social Media marketing & ads
3. Email Marketing
4. Search Engine Marketing (google ads)
5. Display ads
6. Content Marketing
7. SEO
8. Influencer & Referral Marketing
9. Apps Marketing

Mungkin ada lagi yang belum popular atau kurang popular di kalangan kita di Malaysia.
9 cabang Digital Marketing ini sudah cukup untuk menaikkan bisnes yang baru dimulakan.
Jika kena gayanya, makan tak habis hasil dari keberkesanan Digital Marketing ini.

0 comments:

Post a Comment