Thursday, May 25, 2017

MANCHESTER UNITED JUARA PIALA EUROPA

Tahniah buat Manchester United yang telah berjaya memenangi perlawanan Akhir Piala Europa buat pertama kali mengalahkan pasukan Ajax dengan jaringan 2 - 0.


Kemenangan ini adalah hasil dari jaringan Paul Pogba di separuh masa pertama. Manakala jaringan kedua diperolehi pada masa kedua perlawanan menerusi jaringan Henrikh Mkhitaryan.



Dengan kemenangan ini juga melayakkan pasukan United terus ke pertandingan Liga Juara-Juara Eropah pada musim 2017/18 nanti.


Kemenangan ini harus dikreditkan kepada kebijaksanaan Pengurus United, Jose Mourinho yang bijak mengatur pemain bagi memastikan pasukan terkuat diturunkan di perlawanan akhir ini.

Taktikal diperlawanan akhir ini juga jelas berjaya mengekang serangan pasukan Ajax yang sentiasa mengasak kubu pasukan United.


Buat para Peminat pasukan United dari seluruh dunia pastinya sangat gembira kerana walaupun menamatkan liga pada tangga keenam, tetapi United berjaya layak terus ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah tanpa melalui pusingan kelayakkan.

Pastinya keseronokkan kerana pasukan lebih atas dalam liga iaitu musuh tradisi, Liverpool terpaksa mengharungi perlawanan PlayOff kerana menduduki tangga ke4 dalam liga.

Memang seronok peminat Man United kesemuanya. hahahah

Sumber: FB Manchester United


0 comments:

Post a Comment