Thursday, May 25, 2017

Senarai Pemuda Kaya Raya Bertaraf Billionaires Dari Senarai 400 Forbes.

Umur belum pun mencecah 40an. Tapi dah mencapai dan memiliki kekayaan lebih dari $1 billion.

Jika nilainya di 'convert' ke RM, ia akan bernilai lebih dari RM4 billion plus plus.

Nilai kekayaan anda yang mereka bina sendiri dan ada juga yang diwarisi.

Diwarisi dari keturunan yang memang kaya raya dan Billionaires.

Dalam senarai ini juga tersenarai Billionaires muda yang juga tersenarai dalam Top 10 terkaya dunia, Mark Zuckerberg.


Nilai kekayaan Mark Zuckerberg yang baru berusia 32 tahun adalah berjumlah $55.5 billion.

Wednesday, May 24, 2017

SENARAI 26 PEMAIN HARIMAU MALAYA MENENTANG LEBANON 13 JUN 2017

Kesebelasan 26 Pemain ini dipilih oleh Jurulatih baru Pasukan Harimau Malaya, Nelo Vingada yang baru diperkenalkan secara rasmi oleh FAM pagi tadi.

 Senarai yang agak optimistik dikeluarkan oleh Jurulatih Baru ini yang juga menampilkan 4 pemain JDT yang pernah bersara dari bola sepak kebangsaan iaitu Safiq Rahim, S. Chanturu, Mohd Amirulhadi Zainal dan Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak.



Untuk persiapan ini, Nelo Vingada akan dibantu oleh Tan Cheng Hoe buat pertama kalinya dalam perlawanan menentang Lebanon nanti.

Pasukan kejurulatihan skuad Harimau Malaya yang lain terdiri daripada Joao Arnaldo Correia De Carvalho, 59, dari Portugal serta jurulatih penjaga gol, Azmin Azram Abdul Aziz, 41 dan jurulatih kecergasan, Francisco Jose Bruto Da Costa, 36, dari India.

Sumber: NELO VINGADA PANGGIL 26 PEMAIN UNTUK PERSIAPAN KELAYAKKAN PIALA ASIA MENENTANG LEBANON

Wednesday, April 19, 2017

Dari "The Pocket Rocketman" kepada The Rocket Pocketman. Sangat Memalukan Kesilapan Billboard Kerajaan Negeri Terengganu nie.

Seperti yang kita sedia maklum, hubungan Juara Dunia baru Acara Berbasikal Keizinan iaitu Azizul Hasni Awang dengan kerajaan negeri Terengganu tak berapa baik.

Ini terjadi kerana isu permohonan penuaan yang tidak dilayan oleh Kerajaan Terengganu.

Ini dah satu hal. Tajaan taknak bagi, tapi bila dah menang, kau lah yang bersorak nombor satu.

Siap naikkan Billboard.

Naikkan Billboard itu bagus, yang tak bagusnya tu kesalahan gelaran Azizul tu.

Patutnya The Pocket Rocketman, tapi ditulisnya The Rocket Pocketman yang membawa maksud agak lucah.


Elok 2  si Azizul nie jadi hero Malaysia, sekali digelar nya simbol lucah pulak.

Takkan lah si pereka iklan nie tak buat kajian dulu. Dan main hentam print jer.

Memalukan betul.

Sumber: http://amazingnara.com/kesalahan-panggilan-rocket-pocketman-yang-membawa-maksud-berkait-mengenai-zakar-adalah-tidak-wajar-oleh-kerajaan-terengganu/

Saturday, April 15, 2017

Ini Akibatnya Kalau Parking Kereta Tak Ikut Petak

Nie dia akibatnya kalau parking secara tamak.
.
2 petak, dia park kereta dia jer.
.
Mentang-mentangla kereta dia mahal. Kereta mewah.
.
Korang nak tahu macam mana pemandu lain ajar dia?
.
Boleh rujuk gambar-gambar kat bawah nie.
.


.
Kalau nak tengok videonya, klik link nie - http://www.dailymail.co.uk/~/article-4411290/index.html
    

Tuesday, January 13, 2015

18 Teknik Mudah Dan Percuma Promosi Blog

Kepada yang baru nak berblogging ataupun yang dah lama tapi belum lagi tahu cara nak promosi blog, kami telah menyediakan 18 teknik mudah promosi blog anda.

Ada banyak lagi cara promosi tapi saya cuma senaraikan beberapa teknik saja yang paling mudah untuk anda sebarkan link blog anda kepada orang lain.

Gunakan teknik ini sebaik mungkin dan rajin-rajinkan diri anda..:-D

1. Sentiasa mengemaskini blog dengan artikel terbaru. Jangan biarkan blog anda terbiar dengan artikel yang lama.

2. Bagi benda yang percuma untuk orang download supaya orang seronok melawat blog anda.

3. Kenalpasti sasaran pelawat contohnya blog yang menjual tudung sasarannya adalah wanita. Jadi, banyakkan promosi kepada blog yang pemiliknya adalah wanita.

4. Tinggalkan komen pada Chatbox dan promote link anda bagi blog yang mempunyai Chatbox

5. Buat link Exchange / banner exchange dengan blog lain.

6. Rajinkan diri untuk komen di blog orang lain dan letakkan sekali link anda.

7. Buat analisis statistik pelawat blog anda menggunakan tools percuma iaitu Google Analytics. Kalau anda tak tau lagi cara nak guna, baca Panduan Memasang Google Analytics di sini http://www.mediafire.com/file/jyw3nnmzm5q/Panduan Memasang Google Analytics.pdf

8. Buat page contact us untuk mendapatkan feedback dan komen dari pengunjung.

9. Cipta sendiri tagline yang menarik untuk memudahkan pelawat ingat blog anda. Contohnya Just Do It untuk Nike, Rentak Muzik Terkini untuk ERA, Sumber Informasi Terkini untuk zuarxpdc.blogspot.com

10. Dapatkan PageRank (PR) yang baik di dalam Google dan Search Engine.

11. Gunakan function RSS supaya orang lain boleh subscribe. Contohnya boleh baca melalui e-mel. Anda boleh masukkan e-mel ke dalam kotak di bahagian atas blog saya.

12. Gunakan domain yang ringkas supaya mudah diingati.

13. Promosi melalui signature email.

14. Promosikan pada laman social yang popular seperti facebook, myspace, friendster, twitter dll.

15. Submit URL blog anda di Directory Listing seperti DMOZ.org, blogmalaysia.com dll.

16. Submit URL di search engines. Contohnya Google, Yahoo, Alexa, MSN dll. Lihat sini

17. User friendly. Jangan masukkan terlalu banyak javascript, gambar atau animasi supaya blog boleh loading dengan pantas

18. Bagi blog yang ada widget feedjit, lepas anda melawat sesuatu blog URL blog anda akan tersenarai pada widget feedjit blog tersebut dan tuan punya blog mesti akan melawat balik. Setiap hari anda lawatlah blog tu untuk dapatkan traffic percuma.

Penulis: zuarxpdc
Blog: http://www.zuarxpdc.com
Reference: http://www.zuarxpdc.com/2009/12/18-teknik-mudah-promosi-blog.html