Monday, September 25, 2017

5 Cara Nak Kumpul Duit Untuk Kahwin.

Nak kahwin tak perlukan banyak duit. Yang perlukan banyak duit ialah untuk buat majlis kahwin tersebut.

Kalau ikut syariat Islam, belanja kahwin tak sampai pun RM1,000.00. Betul kan?

Oleh kerana kita nie masyarakat Melayu yang suka dan dah jadi ikutan sejak dulu lagi, kita suka membuat majlis untuk meraikan pasangan pengantin yang baru diakad nikahkan sebagai suami isteri.

Kos nak buat majlis kahwin inilah yang tinggi. Tinggi sebab banyak yang perlu dibelanjakan. Banyak yang perlu disediakan untuk satu majlis tersebut.


Jadi, nak tak nak, memang kena kumpul duit jika nak berkahwin. Di sini admin kongsikan 5 Tips Kumpul Duit Untuk Kahwin.

1. Buat tabung khas sejak awal lagi. Walaupun belum ada calon. Kalau dah ada calon, lagilah kena buat tabung cepat-cepat.
.
Nak lagi selamat, menabung dari masa sekolah lagi. Kan ada pepatah tu, sikit-sikit, lama-lama, jadi bukit.
.
2. Buat kerja sambilan. Contohnya, kerja kat fast food macam McD ke, KFC ke, yang tak ganggu rutin kerja harian anda.
.
3. Meniaga online. Jadi dropsipper boleh, nak trading pun boleh. Boleh juga jadi agen insuran atau yang seangkatan dengannya.
.
4. Kumpul bersama-sama pasangan. Jika si lelaki menabung, si perempuan pun kena menabung juga. Susah senang bersama sebab, majlis pun bersama juga.
.
5. Buat pelaburan awal juga boleh menjadi salah satu cara mengumpul duit kahwin.
.
Labur secara sah tau, bukan labur di Skim Cepat Kaya atau Ponzi Skim.
.
Antara tempat pelaburan yang boleh dipilih adalah Saham, Emas atau melabur di Amanah Saham (Unit Trust)
.
Jangan sesekali kalau boleh membuat pinjaman peribadi untuk berkahwin. Susah kehidupan selepas kahwin nanti kerana komitmen dah semakin tinggi selepas berkahwin.
.
Elakkan untuk berbelanja sakan semasa majlis kahwin. Utamakan perbelanjaan untuk kehidupan selepas kahwin tu.
.
Itu lagi penting.

12 Tanda-tanda Bisnes/Pelaburan Itu Skim Cepat Kaya. Elakkan Dari Terjebak


Ada 12 tanda yang kita boleh kenal pasti bisnes/pelaburan yang kita bakal ceburi itu adalah Skim Cepat Kaya yang akan mempercepatkan anda miskin.
.
Tanda 1: Pelaburan tanpa risiko dan keuntungan akan dapat cepat.
.
Tanda 2: Pulangan hingga terkadang 50% ke 100%.
.
Tanda 3: Pulangan dividen secara harian dan bulanan tanpa perlu bekerja.
.
Tanda 4: Ditawarkan komisen jika bawa ahli keluarga lain.
.
Tanda 5: Sentiasa pamerkan ahli syarikat yang berjaya menjadi jutawan siap pakai kot, neck tie bagai.
.
Tanda 6: Kalau di antara jutawan itu ialah ustaz atau orang agama lagilah menyakinkan.
.
Tanda 7: Berbangga dengan produk syarikat mempunyai sijil halal JAKIM.
.
Tanda 8: Pelaburan tanpa perlu jual produk. Letak duit pastu goyang kaki dapat pasif income.
.
Tanda 9: Kalau melabur nak kena mengaji quran check tajwid, belajar solat dan dengar ceramah tentang rezeki redha dan sabar ke atas ujian.
.
Tanda 10: Mempamerkan wang sebukit, kereta mewah dan selfie depan banglo.
.
Tanda 11: Tayang cek ratusan atau jutaan.
.
Tanda 12: Sentiasa berbangga syarikat berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
.
Sumber: 12 Ciri Skim Cepat Kaya Ini Anda Patut Tahu Agar Tidak Terjebak - The Vocket

Saturday, September 23, 2017

Orang Asia Kurang Beri Sambutan Terhadap Pelancaran Iphone 8.


SYDNEY/TOKYO: Pelancaran iPhone8 di Asia kurang meriah berbanding kemunculan sulung model lain sebelum ini, apabila peminatnya menunggu model premium iPhone X awal November ini..

Ratusan pembeli kebiasaannya berkumpul di gedung Apple Sydney dengan barisan terbentuk di jalan utama bandar itu, George Street, apabila pelancaran produk baharu.

Namun, kurang 30 orang berbaris sebelum gedung itu dibuka semalam, menurut Reuters.

Walaupun jumlah pembeli yang beratur di luar gedung Apple merosot sejak beberapa tahun lalu dengan ramai memilih membeli secara dalam talian, sambutan lemah terhadap iPhone terbaru sebahagiannya adalah disebabkan ulasan yang kurang menarik.

Mazen Kourouche, yang menjadi orang pertama dalam barisan selepas beratur 11 hari di luar gedung supaya beliau boleh membeli dan membuat ulasan produk di YouTube, berkata wujud penambahbaikan sederhana sahaja.

"(Ia) hampir sama dengan iPhone 7, namun dapat merakam 60 bingkai sesaat dan mempunyai kaca baharu di belakang berbanding logam, yang menjadikannya lebih tahan lama.

"Tidak ada banyak ciri baharu pada model ini," katanya kepada Reuters.

Di China, pelanggan setia Apple berkata, kamera yang bertambah baik adalah antara sebab beliau membeli peralatan baharu berkenaan.

"Saya menunggu sehingga tengah malam untuk menyaksikan acara pelancaran bersama teman lelaki bagi mengetahui apa yang baharu dengan iPhone ini.

"Fungsi fotografinya agak bagus. Jadi, saya rasa perlu menukarnya tanpa ragu lagi," kata Ta Na, 29, di Shanghai.

Perhatian terhadap iPhone dan iPhone X di platform media popular China, Weibo kurang berbanding seperti yang disaksikan dalam dua pelancaran sebelum ini.

Ulasan buruk terhadap iPhone 8 yang dilancarkan 10 tahun selepas Apple mengeluarkan versi pertama telefon revolusi itu, menyebabkan saham syarikat jatuh ke paras terendah dalam tempoh dua bulan AS$152.75 semalam, apabila pelabur bimbang pratempahan bagi peralatan itu jauh berada di bawah pelancaran terdahulu.

iPhone 8 hanya disasarkan kepada mereka yang mahukan versi baharu, namun tidak mahu membayar sehingga AS$999 bagi iPhone X, kata Pengarang Teknologi iTWire.com, Alex Zaharov-Reutt, yang tidak beratur pada pelancaran berkenaan.

iPhone X adalah peralatan kaca dan keluli tahan karat dengan paparan hujung ke hujung yang dikatakan oleh Ketua Eksekutif Apple, Tim Cook sebagai lonjakan terbesar ke hadapan sejak iPhone pertama.

"Saya rasa ia menjadi lebih menarik dengan lebih ramai orang menunggu iPhone X," kata Ray Yokoyama, selepas membeli iPhone 8 di Tokyo. - Reuters

Sumber: Berita Harian

Tuesday, September 12, 2017

Sultan Badlishah, sebentar tadi dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah ke-29


ALOR SETAR: Raja Muda Kedah, Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah, sebentar tadi dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah ke-29 menggantikan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, yang mangkat semalam.

Pengumuman pemasyhuran itu dibuat Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, dalam satu istiadat khas di Balai Penghadapan Baharu, di Istana Anak Bukit, di sini.

Sejurus pengumuman itu, Datuk Pengelola Bijaya Diraja yang juga Ketua Istiadat, Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah, mengiring Tunku Sallehuddin, untuk bersemayam di singgahsana, sebelum disusuli laungan "Daulat Tuanku" oleh hadirin sebanyak tiga kali.

Tunku Sallehuddin diputerakan di Alor Setar pada 30 April 1942 adalah anakanda kesembilan Almarhum Sultan Badlishah iaitu Sultan Kedah hasil perkongsian hidup dengan Sultanah Asma Sultan Sulaiman, yang juga puteri Sultan Terengganu, Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah.

Tunku Sallehuddin yang dibesarkan di Istana Anak Bukit dimasyhurkan sebagai Raja Muda Kedah pada 15 Disember lalu.

Baginda yang berkahwin dengan Tengku Maliha Tengku Ariff, menggantikan Almarhum Tunku Abdul Malik Sultan Badlishah, yang mangkat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, akibat gering.

Tunku Sallehuddin mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Alor Merah dan meneruskan pengajian di Kolej Sultan Abdul Hamid.

Sebelum ditabal sebagai Raja Muda Kedah, baginda dilantik sebagai Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah menggantikan Allahyarham Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah yang mangkat pada Mei 2014.

Sumber: Berita Harian

Monday, September 11, 2017