Saturday, October 9, 2010

Tips Meningkatkan Trafik Melalui Penajaan Peraduan

Post kali ini akan berkongsikan tips meningkatkan trafik melalui penajaan peraduan di blog orang lain. Industri blogging pada masa ini amat meriah dengan peraduan a.k.a contest yang dianjurkan. Tips ini semestinya memerlukan anda sedikit pelaburan berbanding tiada pelaburan diperlukan untuk tips meningkatkan trafik dengan komen, meningkatkan trafik dengan blogwalking, begitu juga meningkatkan trafik dengan publish gambar lucu.

Ketiga tips yang terawal tadi kita hanya memerlukan usaha dan keringat tanda mengeluarkan wang atau perbelanjaan. Namun hasilnya belum diketahui lagi. Jika anda melaburkan sedikit wang dengan sponser atau taja peraduan/contest di blog popular, peratus anda untuk mendapat trafik yang banyak adalah tinggi. Ini kerana blog popular semestinya sudah mempunyai pelawat yang ramai.

Selain itu, dengan menaja peraduan di blog popular, anda juga dapat menaikkan kredibiliti anda sebagai seorang blogger. Walaupun anda seorang blogger baru namun mampu menaja peraduan.kontast di blog popular, maka anda akan dianggap hebat dan blogger lain akan menjadikan anda sebagai inspirasi.

Jadi, untuk mningkatkan trafik blog/website anda, jadilah pemurah sedikit dengan menjadi penaja kepada peraduan/contest diblog popular. Antara blog popular yang selalu menganjurkan peraduan/contest adalah blog Denaihati.

Sekian,
Wassalam

Thursday, October 7, 2010

Tips Meningkatkan Trafik Melalui Blogwalking


Assalamualaikum semua. Aku Yiedpozi, salah seorang penulis jemputan di blog ni ingin berkongsi 'Tips Meningkatkan Trafik Melalui Blogwalking'. Tips ni memang berkesan untuk mempromosi blog korang. Jangan la pulak korang fikir kalau korang dah tulis blog, orang akan datang cari blog korang sendiri. Kalau korang tu artis or selebriti ke, takper lah sebab mesti ada orang yang akan google pasal korang. Tetapi kalau korang ni orang biasa seperti aku yang ingin blog dikenali, rajin-rajin kan diri untuk menziarahi blogger-blogger lain.

Ayat apa yang korang nak tinggal time blogwalking? Gunakan ayat-ayat yang lembut dan sopan. Contoh "Salam ziarah, jemput lah singgah ke blog saya. Ada entri baru la..." Ataupun, korang puji2 sikit blog tu. Contonya, "Wah, cantiknya blog awak". Ikut kreativiti korang lah.

Jikalau blog itu tidak ada shoutbox, korang terpaksa menggunakan kaedah yang ke 2 iaitu komen blog tersebut. Aku sarankan korang komen blog yang memakai plugin 'CommentLuv'. Itu juga boleh meningkatkan trafik blog korang. Tak sia-sialah korang blogwalking ke blog yang tidak ada shoutbox.

Penulis: Yiedpozi
Blog: http://www.yiedpozi.info/

Wednesday, October 6, 2010

Tips Meningkatkan Trafik Melalui Gambar Lucu

Post sebelum ini aku ada share tips meningkatkan trafik dengan komen. Jadi hari ini sebagai tips kedua ialah menaikkan trafik blog dan website dengan post gambar-gambar lucu di dalam blog. Terdapat banyak gambar lucu yang korang semua boleh cari melalui pak cik angkat korang tu. Iaitu pak cik Google. Die ada banyak simpan gambar lucu dan kelakar.

Tapi perlu diigatkan supaya anda mencipta kelainan sikit dalam post anda sebab gambar kelakar dan lucu nie dah banyak blogger lain sharekan di blog mereka. Korang boled cipta kelainan dengan menyediakan dialog yang bangang tahap gaban, atau apa saja yang boleh menambahkan lagi kelucuan gambar tersebut. Lagi bagus kalau anda sendiri yang create atau cipta gambar kelakar dan lucu tu. Sudah tentu akan lain dari yang lain.
Contoh Gambar Lucu dan Kelakar : Dari Pak Cik Google

Seperti kita tahu, ramai pekerja mencari sumber yang boleg menghilangkan stres mereka dan antaranya adalah gambar kelakar dan lucu. Jadi, ambillah kesempatan ini dengan postkan gambar kelakar di blog korang bertujuan menaikkan trafik blog korang.

Sekian tips meningkatkan trafik blog kali ini.

Tuesday, October 5, 2010

Tips Meningkatkan Trafik Melalui Komen

Meningkatkan Trafik blog dengan Komen di blog orang lain:
Kebanyakan blogger sangat suka jika setiap posting dan entry mereka mendapat komen yang banyak. Terutamanya jika komen yang diberikan boleh dijadikan motivasi dan panduan kepada mereka. Reader lain juga akan turut teruja jika anda memberikan komen yang membina seterusnya ia akan meningkatkan kredibiliti anda dan blog anda.

Seterusnya mereka akan datang ke blog anda melalui link komen anda. Jadi, semasa komen, sediakan link ke blog anda sekali yer. Perlu diingatkan, komen mestilah yang membina, jangan beri komen menghentam pulak. Nanti ramai orang tak suka anda.

Untuk meningkatkan lagi peratus kemasukan trafik melalui blog, anda perlu komen di blog yang popular seperti blog redmummy, blog Ariff, blog GTO, Blog CikguDahlia, Denaihati dan banyak lagila. Blog mereka nie mempunyai bilangan pelawat yang ramai. Jadi, anda pasti akan mendapat tempiasnya jika komen di sini.