Saturday, June 30, 2018

Kahwin : Kos Terbesar Bagi Melangsungkan Majlis Perkahwinan


1. Nak buat majlis perkahwinan memang memerlukan bajet yang besar.

2. Tapi, sebelum kita pergi lebih jauh, kita harus faham akan perbezaan antara majlis perkahwinan dengan pernikahan.

3. Kita perlu faham, dalam Islam, bernikah  sahaja dah cukup. Tetapi, sebagai masyarakat Melayu yang sudah sinonim dengan jamuan makan, kita pasti akan membuat majlis perkahwinan jika kita menamatkan zaman bujang.

4. Jamuan ini bertujuan untuk mewar-warkan pernikahan tersebut dan meraikan mempelai serta tetamu.

5. Jadi, Kos Terbesar Dalam Merancang Majlis Perkahwinan adalah Kos Makanan.


6. Lagi besar/ramai jemputan kita, semakin besarlah bajet yang perlu diperuntukkan untuk majlis perkahwinan.

7. Tak kiralah majlis kita berkonsepkan rewang, gotong royong atau katering, kos untuk makanan tetap tinggi.

8. Jadi, pada kebiasaannya, jika bajet terhad, cara paling mudah untuk membuat penjimatan adalah melalui pengurangan kos makanan.

9. Kurangkan bilangan tetamu jemputan adalah caranya. Tak perlu jemput sehingga 1000 - 2000 orang jika bajet terhad.

10. Cukup sekadar menjemput saudara mara terdekat dan rakan terdekat.

BIJAN - INGATKAN TROLL, RUPANYA BETUL ADA JENAMA NIE.

Mahal rupanya jenama BIJAN nie tau. Mula-mula admin ingatkan rakyat Malaysia men'troll' kita punya exPM. Rupanya memang ada jenama BIJAN nie.

Lagi satu, jenama BIJAN nie bukan jenama biasa-biasa tau. Ia jenama Super Duper Mewah. Mahal ya ampun harga barang-barangnya kerana ia akan mengeluarkan produk secara TERHAD.

Maksudnya tak banyak dikeluarkan. Siapa yang beli tu bermaksud memang orang super kaya lah. Salah sorang yang Super Kaya tu, kita punya exPM & Wife tula.





Nak baca lebih lanjut boleh terus ke Apa yang ada dengan BIJAN?

Friday, June 29, 2018

ENAM JENAMA IKAN SARDIN YANG MENGANDUNGI BENDASING - CACING FILUM NEMATODA

Sumber: Astro Awani
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menarik balik enam lagi jenama produk ikan sardin dalam tin dari pasaran kerana disahkan mengandungi bendasing iaitu cacing Filum Nematoda daripada genus Anisakis spp.

Ketua Pengarahnya Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata enam produk ikan sardin tersebut ialah daripada jenama Cinta, Sea Fresh, HS Brand, King Cup, Bintang dan TC Boy.

Beliau berkata KKM juga mengenakan tindakan Tahan, Uji dan Lepas terhadap pengimportan produk ikan dalam tin di semua pintu masuk negara.
 
"Tahan, Uji dan Lepas merupakan tindakan di mana sampel akan diambil untuk analisis dan produk tersebut hanya akan dilepaskan sekiranya keputusan analisis menunjukkan tiada pelanggaran dikesan iaitu dalam hal ini cacing Filum Nematoda daripada genus Anisakis spp.

"Sementara bagi produk ikan dalam tin keluaran tempatan, verifikasi di semua kilang pengeluaran dijalankan oleh KKM," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham turut menjelaskan risiko kepada kesihatan bagi produk ikan dalam tin amat rendah kerana cacing tersebut telah mati disebabkan proses memasak atau pengetinan.

Katanya Seksyen 13 Akta Makanan 1983 memperuntukkan mana-mana pihak terlibat dalam mengimport, mengedar, menyimpan atau menjual makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan beracun, merosakkan atau selainnya memudaratkan kesihatan adalah melakukan suatu kesalahan.

Sekiranya disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

Pengguna mempunyai kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah/Kawasan/Bahagian terdekat atau hubungi KKM melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau laman Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan www.facebook.com/bkkmhq. -- BERNAMA/ASTRO AWANI

Wednesday, June 27, 2018

GAMBAR SUV PROTON - BERDASARKAN DESIGN, KERETA BOLEH BELI NIE.

Jika diperhatikan dari segi exterior dan interior kereta SUV Proton nie, memang ia akan menjadi antara SUV pilihan rakyat Malaysia.

Itupun jika SUV Proton ini dijual dengan harga yang bersesuaian. Iaitu dijual dengan range harga RM80 ribu - RM120 ribu.

Lebih dari harga ini, mungkin susah untuk meyakinkan pembeli untuk membeli SUV Proton ini kerana terdapat banyak pilihan model lain terutamanya dari Honda, Nissan dan juga Chevrolet.

GAMBAR SUV PROTON
 



Bagi admin, jika harga OK, bolehlah admin buat kira-kira dan mula menabung untuk belinya. Sebab melalui gambar ini, admin dah mula terpikat dengan SUV Proton nie.

Yang penting, harga kena lebih murah dari Honda CRV Baru dan juga Nissan Xtrail Baru.

Jika sama, atau lebih, sudah pasti SUV Proton nie akan sukar untuk dijual.

Sunday, June 10, 2018

REVIEW: PAKEJ KATERING RUMAH TERBUKA AIDILFITRI 2018 - MELAKA, KL, SELANGOR

Pakej Katering Raya 2018 - Pakej Katering Untuk Rumah Terbuka Aidilfitri 2018


Assalamualaikum,

Selain dari katering untuk majlis perkahwinan dan korporat, pihak Kami, ISDA Catering turut menyediakan PAKEJ KATERING RUMAH TERBUKA AIDILFITRI 2018.

Kami menjual secara pakej untuk memudahkan tuan rumah membuat persediaan. Antara PAKEJ KATERING RUMAH TERBUKA HARI RAYA 2018 yang kami tawarkan adalah seperti berikut.

Klik Gambar Untuk Download.

Untuk gambar pakej lebih jelas, klik sini Download Pakej Katering Hari Raya ISDA Catering 2018.
 
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami terus dengan tekan link ini == PAKEJ KATERING RUMAH TERBUKA AIDILFITRI 2018

GAMBAR SUV PERODUA - MENARIK DAN BERBALOI


Sumber Gambar: FB

Tak hairan jika Perodua akan mengeluarkan  model SUV mereka kerana Perodua pernah mengeluarkan dua model SUV sebelum ini.
.
Yang pertama adalah Perodua Kembara. Dan selepas itu adalah Perodua Nautica.

Dikhabarkan, SUV PERODUA bakal dikeluarkan pada 2019.

Sumber Gambar: FB

SUV PERODUA ini bakal dibina dengan kapasiti enjin 1.5liter dengan 7 SEATER.

Harga pula dianggarkan berharga RM69-75k. Harga yang berpatutan dengan kapsitinya.
SUV Perodua Bakal Dikuasakan Oleh Enjin 1.5-Liter 2NR-VE Dual VVT-I

Apapun, kita tunggu sehingga ia dilancarkan oleh Perodua secara rasmi.

Sumber Gambar: FB

Sembang banyak pun tak guna selagi ia tak sahih.

Nampaknya Perodua akan berlawan dengan Proton lagi dalam kelas SUV selepas persaingan dalam kereta kompak dan sedan.

Friday, June 8, 2018

Digital Marketing Untuk Bisnes Katering Dan Wedding Planner

Memulakan Bisnes Katering dan Wedding Planner ada 2 kondisi.

Memulakan dengan dana yang besar, ataupun bermula dengan cara lean start up.

Lean startup ini bererti memulakan bisnes dengan modal minima. Contohnya, hanya bermodalkan pengalaman dan kudrat sahaja. Ataupun bermodalkan wang ringgit yang terhad jumlahnya seperti RM1000 sahaja.

Memang perlukan banyak kemahiran dan pengorbanan jika memulakan bisnes katering dengan modal yang kecil.

Perkakas memasak sahaja dah memakan belanja beribu-ribu ringgit. Itu belum lagi kos pekerja dan paling penting kos marketingnya.

Tapi bagi bisnes dengan konsep lean start up, itu semua boleh diharungi. Perkakas boleh disewa.

Pekerja juga boleh gunakan pekerja part time sahaja, tak jadi masalah.

Semua boleh diuruskan berkat dari konsep berkorban di fasa awal bisnes.

Jadi, jika faktor operasi sudah boleh diuruskan, kita pergi kepada marketing.

Ada macam-macam pilihan cara marketing untuk bisnes katering nie. Antaranya, Pameran Pengantin, Ekspo Jualan Makanan dan paling popular sekarang ini adalah Digital Marketing.

Cara marketing yang berkos rendah dan sangat sesuai dengan bisnes berkonsepkan lean start up.

Antara pecahan yang ada dalam Digital Marketing buat masa sekarang nie.

1. Website Optimization 
2. Social Media marketing & ads
3. Email Marketing
4. Search Engine Marketing (google ads)
5. Display ads
6. Content Marketing
7. SEO
8. Influencer & Referral Marketing
9. Apps Marketing

Mungkin ada lagi yang belum popular atau kurang popular di kalangan kita di Malaysia.
9 cabang Digital Marketing ini sudah cukup untuk menaikkan bisnes yang baru dimulakan.
Jika kena gayanya, makan tak habis hasil dari keberkesanan Digital Marketing ini.

Thursday, June 7, 2018

KADAR MAS KAHWIN UNTUK NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA BAGI TAHUN 2018

Mas kahwin atau mahar adalah pemberian wajib yang diberikan oleh suami kepada isteri sewaktu berlangsungnya pernikahan. Mas kahwin adalah hak mutlak isteri sebagai perakuan kasih dan tanggungjawab suami ke atas isteri.

Nilai Mas Kahwin adalah berbeza mengikut negeri. Di sini kami Kongsikan Kepada pembaca sebagai rujukan dan persiapan untuk anda dan pasangan.

KADAR WANG MAS KAHWIN MENGIKUT NEGERI BAGI TAHUN 2018

1. Kadar Mas Kahwin - Negeri Johor


2. Kadar Mas Kahwin - Kuala Lumpur


3. Kadar Mas Kahwin - Labuan


4. Kadar Mas Kahwin - Melaka


IKLAN UNTUK PENGANTIN NEGERI MELAKA SAHAJA. SESI FOOD TASTING MINGGUAN OLEH KAMI ISDA CATERING MELAKA SETIAP SABTU DAN AHAD.

Lawati FB ISDA Catering Melaka di FB.com/isdacateringmelaka

5. Kadar Mas Kahwin -Negeri Sembilan


6. Kadar Mas Kahwin - Pulau Pinang.


7. Kadar Mas Kahwin - Pahang


8. Kadar Mas Kahwin - Perak



9. Kadar Mas Kahwin - Perlis, Kelantan, Terengganu dan Kedah



10. Kadar Mas Kahwin - Sabah



11. Kadar Mas Kahwin - Sarawak


12. Kadar Mas Kahwin - Selangor



Mas Kahwin adalah nilai Minima yang perlu pihak lelaki sediakan untuk pihak Pengantin Perempuan.

Nilai sebenar yang nak diberi atau nak dihadiahkan oleh pengantin lelaki adalah mengikut kemampuan. Nak banyak pun boleh. Tiada masalah.

Kadar Mas Kahwin ini juga boleh berubah-ubah mengikut ketetapan Majlis Agama Islam setiap negeri.